Thursday, 28 September 2017

kemahiran komunikasi (sin ying)

Bentuk-bentuk komunikasi



1.   Komunikasi intrapersonal





§  kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam
§  mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri,
§  mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan 
dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

A.    aktiviti yang boleh melatih kecerdasan interpersonal :

ü  menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita
ü  mengarang cerita.

B.     kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan intrapersonal :

ü  kaunselor kerohanian
ü  ahli falsafah
ü  juru meditasi
                        üahli psikologi





         Link 2 : https://www.youtube.com/watch?v=-UI6VCUr36A

2.   Komunikasi interpersonal




 §  Howard Gardner (1993) - kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain.
§  Contoh - murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi - memerlukan kerjasama berkumpulan.
ü  aspek hubungan antara seorang individu dengan orang lain
ü  bagaimana seseorang itu menguruskan tingkah laku, pemikiran dan emosinya ketika berinteraksi.

A. 6 Ciri

ü  Penglibatan individu sebagai ahli dalam sesebuah kerja kumpulan.
ü  Kebolehan individu memberikan tunjuk ajar kepada individu lain
ü  Kebolehan memimpin iaitu kemahiran memimpin organisasi
ü  Kebolehan berunding dan menyelesaikan masalah
ü  Kemahiran pengurusan pelanggan khusus - sektor niaga - persekitaran budaya yang pelbagai
ü  Penyesuaian diri dalam sistem sosial

Link 1 : https://www.youtube.com/watch?v=3cVKcqT_JEw

                 Link 2 : https://www.youtube.com/watch?v=L8NhxVXopaU

3.     Komunikasi organisasi




§  melibatkan lebih daripada dua individu.
§  Komunikasi kumpulan kecil – 2-25 orang

A. 5 ciri

ü  Saiz kumpulan yang sesuai
-          saiz kumpulan yang sederhana : 5 hingga 7 orang adalah sesuai bagi proses interaksi yang baik.
ü  Tingkat interaksi
-          meningkatkan persefahaman yang lebih tinggi dalam kalangan ahli kumpulan.



ü  Peranan ahli
-          Setiap ahli kumpulan memainkan peranan dan melaksanakan amanah yang diterima
ü  Kesepakatan
-          Mencapai kata sepakat yang boleh diterima semua dan akur bagi kebaikan kumpulan.
ü  Faham matlamat yang perlu dicapai
                               -          Kualiti kerjasama ahli akan lebih terserlah dengan pemahaman yang jitu tentang matlamat yang perlu dicapai.



Penggunaan Laras Bahasa





1.      Asmah (1987)
v  ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa menurut bidang penggunaannya.

2.      Abdullah Hassan (1989)
v  pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu, adalah sesuatu yang dikatakan laras bahasa.

3.      Raminah Hj. Sabran (1989)

v  menjelaskan setiap bahasa mempunyai beberapa laras yang tersendiri yang digunakan dalam situas atau konteks yang berbeda.


1.   Laras Bahasa Umum

·         Mudah difahami
contoh: Sarah p pasar raya untuk beli barang-barang dapur

·         Menggugurkan penggunaan kata sendi nama
contoh: Adik jatuh gaung = adik jatuh ke dalam gaung

2.  Laras Bahasa Teknikal

·         semua jenis bidang kepakaran sama ada bidang sains tulen, teknologi, sains pengurusan dan lain-lain bidang kepakaran.

3.  Laras Bahasa Agama




·         Berisi istilah agama dari bahasa Arab.
·         Disisipkan dengan kutipan dari al-Quran dan hadis.
·         Contoh: Syurga dalam bahasa Arab disebut sebagai “al-jannah” yang bermaksdu   sebuah taman yang indah, penuh dengan pelbagai nikmat dan keselesaan….



4.   Laras Bahasa Iklan
§  Fungsi - memperkenalkan dan menjual barangan / perkhidmatan yang diiklankan.




A. 5 ciri

ü  terdapat penggunaan unsur grafik dan ilustrasi yang sangat ketara pada iklan yang bercetak,

ü  terdapat penggunaan gambar bergerak / muzik dengan jelas pada laras iklan pandang-dengar iaitu dalam filem dan televisyen

ü  struktur ayatnya pendek dan banyak menggunakan ayat tunggal

ü  menggunakan unsur retorik atau manipulasi bahasa secara berkesan, menggunakan ungkapan istilah  

ü  menggunakan pelbagai kaedah -  memujuk / menarik perhatian – kaedah umpan, pujukan, kemesraan, gesaan dan doa.


Halangan kepada komunikasi berkesan

 Link 1 : https://www.youtube.com/watch?v=slq1nAhZuqE

1.   Halangan Bahasa


·         Perbezaan asal usul dan keturunan
·         Penggunaan dialek yang kurang jelas,
·         laras bahasa yang berbeza,
·         panjang ayat yang digunakan,
·         kefasihan sebutan,
·         kelancaran perkataan

2.  Halangan Sikap Penerima


·         Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yanghendak disampaikan.
·         Menganggap komunikasi itu membosankan dan mulamemberi perhatian terhadap perkara lain.
·         Sesetengah penerima tidak dapat menerimamaklumat baru kerana menganggapnya tidak perlu
·         Pekerja yang sering ditegur tentang kerja,sesuatu hari mendapat pujian tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang tersirat.

3.  Halangan Alam Sekitar



·         Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor - mempengaruhi keberkesan komunikasi.
·         Alam sekitar yang tidak selamat - gangguan komunikasi Misalnya sewaktu rebut petit dan banjir.
·   Bencana alam - medium yang menghantar maklumat terputus / terjejas






Rujukan 

10.1 Kemahiran Intrapersonal. (2013, Februari). Didapatkan dari Kemahiran Belajar: https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-10-penyesuaian-sosial/10-1-kemahiran-intrapersonal
Aldiunanto. (2015, Oktober 12). Ragam Bahasa dan Laras Bahasa. Didapatkan dari Aldiunanto.com: http://aldiunanto.com/ragam-bahasa-dan-laras-bahasa.aldi
Ilya, L. (2012, May 18). Interpersonal dan intrapersonal. Didapatkan dari Slides Share: https://www.slideshare.net/IlyaAdira/interpersonal-dan-intrapersonal
KEMAHIRAN INTERPERSONAL. (2015, November 25). Didapatkan dari LAMAN WEB RASMI PUSAT KAUNSELING UUM : http://kaunseling.uum.edu.my/index.php/artikel/49-kemahiran-interpersonal
Kemahiran interpersonal. (2017, Mei 15). Didapatkan dari Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemahiran_interpersonal
senseysue. (t.t). halangan komunikasi berkesan. Didapatkan dari SCRIBD: https://www.scribd.com/doc/19188764/halangan-komunikasi-berkesan
Vianisilv. (2014, Oktober 17). LARAS BAHASA. Didapatkan dari Wordpress.com: https://vianisilv.wordpress.com/2014/10/17/laras-bahasa-2/




kemahiran komunikasi 1

Pendahuluan


  • Kemahiran komunikasi merupakan kemahiran untuk berhubung dengan orang lain. 
  • Menggambarkan sebaik mana seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang.
  • Di sini, kemahiran ini dilihat dalam beberapa aspek kemahiran seperti kemahiran bukan lisan,kemahiran menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berinteraksi secara berkesan.

DEFINISI & KONSEP KOMUNIKASI

Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak (pengantar) kepada pihak yang lain (penerima). 
Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima langkah,iaitu:

1.             Pengirim membentuk idea
2.             Pengirim mengekodkan idea tersebut dalam satu mesej 
3.             Mesej akan melalui saluran komunikasi 
4.             Penerima mendekodkan mesej tersebut
5.             Maklum balas dihantar kepada pengirim

Rajah 1:Proses komunikasi 

Model komunikasi



-Dibentuk mengikut sesuatu bidang komunikasi dan berfungsi untuk menerangkan proses komunikasi berkaitan bidang tertentu.

-Terdapat tiga kategori utama bagi model komunikasi iaitu:

Model Komunikasi Linear:



  • Proses komunikasi adalah satu hala iaitu pengirim akan menghantar mesej kepada penerima.
  • Penerima mesej hanya menerima mesej tanpa memberi maklum balas. Bising atau gangguan merupakan penyebab salah faham mesej antara pengirim dan penerima

Model Komunikasi Interaksional:



  • Proses komunikasi dua hala antara peserta komunikasi.
  • Pengirim dan penerima kedua-duanya menjalankan fungsi yang sama iaitu mengenkod, menterjemah dan mendekod mesej yang diterima.
  • Elemen penting bagi model ini ialah maklum balas.
  • Mereka saling bertindak balas dalam bentuk verbal, bukan verbal atau kedua-dua sekali.
  • Mereka juga akan mengambil giliran menghantar mesej. Pengirim tidak boleh menjadi penerima sekaligus ketika berinteraksi.


Model Komunikasi Transaksional:



  • Komunikasi ini memberi penekanan kepada pengiriman dan penerimaan mesej yang berlangsung secara berterusan dalam satu episod komunikasi. 
  • Semasa komunikasi,kedua-dua boleh menghantar mesej, menerima mesej atau membuat kedua-dua secara serentak. 
  • Medan pengalaman sepanjang masa serta mempengaruhi cara interaksi antara satu sama lain.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI

1.Kepentingan dari segi hubungan insan(kemasyarakatan)   


  • Apabila berinteraksi dengan orang lain, kita perlu cuba menyelidiki mengapa seseorang memiliki tingkah laku tertentu.
  • Pemahaman dan penetahuan tentang konteks adalah perlu untuk membantu kita memahami tingkah laku orang lain.
  • Penguasaan dalam perkara ini dapat mengelakkan kita daripada terus membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara tanpa melihatnya secar lebih terperinci.
  • Salah satu daripada konteks penting yang mempengaruhi tingkah laku seseorang ialah aspek budaya.



2.Kepentingan dari segi akademik

  • Mahasiswa wajib menguasai kemahiran komunikasi dari aspek akademik.
  • Penting dalam hubungan para pensyarah khususnya apabila berinteraksi dengan mereka untuk menyiapkan tugasan kursus.
  • Kemahiran interaksi yang baik dengan pensyarah memperlihatkan sikap positif terhadap tanggungjawab sebagai mahasiswa,tanda hormat anda kepada pensyarah dan guru dan dapat mencerminkan maruah dan harga diri mahasiswayang tinggi.
  • Meliputi pengusaan dari segi penulisan dan lisan.
  • Mahasiswa tidak boleh berinteraksi dengan menggunakan bahasaslanga atau rojak apabila bercakap dengan pensyarah atau apabila menghubungi mereka melalui khidmat pesanan ringkas(SMS).

JENIS-JENIS KOMUNIKASI




1. Komunikasi Lisan


     Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa.Berbahasa yang baik dan efektif,padat dan jelas dalam menyampaikan pendapat atau perasaan dengan sopan adalah kunci kepada komunikasi lisan yang baik.Jenis komunikasi ini sangat dipengaruhi oleh beberapa aspek,iaitu:
·                     Perbendaharaan kata
·                     Kelajuan
·                     Intonasi
·                     Humor
·                     Singkat dan jelas

2.Komunikasi Bukan Verbal


    Komunikasi lisan dan komunikasi bukan verbal sering berlaku secara serentak.Harrison (1974) telah mencadangkan bahawa sebarang situasi komunikasi boleh dilihat sebagai satu penggabungan komunikasi lisan dan bukan verbal.
     Aspek-aspek komunikasi bukan verbal dan pengaruhnya meliputi hal-hal berikut:
· Ekspresi wajah:Menyebabkan komunikasi berkesan atau sebaliknya.Contoh ekspresi muka,
· Pandangan mata: Bererti orang tersebut terlibat dan menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memerhatikan bukan sekadar mendengar sahaja.
· Sentuhan:Proses komunikasi akan berjalan dengan lebih baik dengan adanya sentuhan.

· Gaya tubuh dan gaya berjalan:Kedua-dua gaya ini mencerminkan emosi,konsep diri dan tahap kesihatan seseorang
· Isyarat:Isyarat seperti mengerakkan tangan dan mengetuk-ngetukkaki ketika berbicara,sebagai keseluruhan komunikasi merupakan ekspresi keadaan seseorang.



3. Komunikasi Bertulis


  • Aktiviti merakamkan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk bertulis atau grafik.
  • Untuk menyalurkan mesej,berhubung atau berkongsi maklumat.
  • Kelebihannya: kekal dan boleh disimpan untuk kegunaan masa hadapan.
    Komunikasi ini berlaku secara spontan atau dirancang dan melibatkan beberapa faktor:

·                     Fakta
·                     Gaya
·                     Laras
·                     Pengolahan
·                     Bahasa

    Terdapat beberapa bentuk atau jenis jenis teks komunikasi bertulis,seperti:
·                     Surat rasmi




·                     Memo

·                     Emel

·                     Tulisan ilmiah 
More Information:

Gan Shi Yi PPISMP PC1

RUJUKAN:

NATASHADORA BINTI MURIDAN . 2013 . PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI UTHM . Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional 

Noor Azlin, Bidin and Safiah , Sidek . 2013 . Kemahiran Komunikasi. Universiti, UTeM: Kemahiran Insaniah: 7 Kompetensi Unggul Mahasiswa: 1-49.

Utusan Borneo Online . 2017,Sept 10 . Pengetahuan, Kemahiran Komunikasi Penting Dalam Perancangan Pembangunan Komuniti Berkesan . Retrieved from   http://www.utusanborneo.com.my/2017/09/10/pengetahuan-kemahiran-komunikasi-penting-dalam-perancangan-pembangunan-komuniti-berkesan




kemahiran komunikasi (sin ying)

Bentuk-bentuk komunikasi 1.    Komunikasi intrapersonal §   kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara men...